Ramalan #AJL37: Perang Vokal Bakal Berlaku!

‘Satu Malam Di Temasek’ Bakal Cipta Kejutan, Calon Juara?

Ramalan #AJL37: Perang Vokal Bakal Berlaku!

Ramalan #AJL37: Perang Vokal Bakal Berlaku!

Menjelang malam final Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, ramai nampaknya dah tak sabar melihat persembahan artis kegemaran mereka.

Seperti tahun lepas, rata-rata netizen sukar membuat ramalan mengenai lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara. Ini kerana, keputusan tersebut bakal dilakukan sepenuhnya oleh barisan juri yang dilantik untuk menilai persembahan dan vokal para finalis yang bertanding. Namun begitu, ini merupakan ramalan OhBulan! untuk tahun ini.



Persembahan terbaik – Irama (Shiha Zikir)

Untuk kategori persembahan terbaik, Shiha dilihat mempunyai peluang yang cukup besar sekiranya perancangannya untuk membuat kejutan pada malam itu berjaya. Pada masa yang sama, lagu ‘Kembali Terang’ nyanyian Marsha dipercayai akan memberi saingan sengit dari segi persembahan malam nanti.

Vokal terbaik – Korban (Ernie Zakri)

Untuk kategori vokal terbaik, Ernie Zakri antara finalis yang diramalkan akan meraih anugerah tersebut. Meskipun susah untuk pihak OhBulan! membuat ramalan, kami yakin Aina Abdul, Marsha Milan dan Liza Hanim bakal memberikan saingan yang sengit buat Ernie nanti.



Tempat ketiga – Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)

Walaupun berat untuk kami menulis namun harus diakui lagu ‘Debu’ mempunyai kekuatan tersendiri dari segi susunan muzik dan lirik. Bukan itu sahaja, gabungan duo hebat seperti Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi ini dikatakan mampu mencipta fenomena pada AJL kali ini.

Di samping lagu ‘Debu’, peluang untuk ‘Bahagiakan Dia’ meraih tempat ketiga turut diramalkan. Ini kerana, persiapan yang dilakukan oleh Liza Hanim dan Shila Amzah sejak belakangan ini dilihat sangat konsisten dan bakal mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan anugerah tersebut.

Tempat kedua – Terus Hidup (Aina Abdul)



Selain ‘Korban’ Ernie Zakri dan ‘Kembali Terang’ Marsha, lagu ‘Terus Hidup’ nyanyian Aina Abdul dijangka mendapat tempat pada malam anugerah tersebut. Menurut Aina, lagu ‘Terus Hidup’ merupakan lagu yang paling susah dinyanyikan olehnya. Ini kerana, lagu tersebut tidak ada ruang untuknya berhenti.

First half saya kena bagi energy. Selepas tu saya kena jump lagi. Lagu sebelum ni dinamik dia macam graf. Kali ni macam melompat. Tambah pula lagu ni kena letak emosi. Lagu ni bercerita mengenai rindu seseorang. Rindu yang tergantung. Jadi, susah nak menyanyi dekat orang yang sudah tiada.

Juara – Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)

Muzik sememangnya universal dan bahasa yang digunakan dalam sesebuah lagu tidak pernah menjadi penghalang untuk penggiat seni muzik berkongsi intipati sesebuah karya.



Sudah menerima pengiktirafan dalam bentuk ‘Anugerah Kehormat’ atau ‘Honorable Mention’ pada acara International Music Video Awards yang berlangsung di Budapest pada 4 Ogos tahun lalu bagi kategori video muzik hip hop terbaik, lagu Joe Flizzow dan Sonaone ini dijangka mencetuskan fenomena sekali lagi untuk AJL37 nanti.

Di samping itu, menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, lagu ini sudah meraih lebih 7 juta tontonan di Youtube dan sering menjadi pilihan pendengar di corong-corong radio.

#AJL37 : Siti Nurhaliza Buat Ramalan Untuk Vokal Terbaik [VIDEO]



Ramalan #AJL37: Perang Vokal Bakal Berlaku!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button