MASIH BERTEGUR, TIADA MASALAH – ERRA FAZIRA HORMATI KEHIDUPAN DUA BEKAS SUAMI

“Saya tiada masalah, malah tetap baik dengan bekas suami kerana saya seorang yang menghormati perjalanan kehidupan baru orang lain. Jadi saya tak ada campur sangat. Cumanya kalau ada berjumpa dan sebagainya, saya okey, baik dan boleh sahaja untuk bertegur sapa.

“Cumanya saya tiada berhubung selalu dengan mereka kerana saya hormat kehidupan orang lain,” itulah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira yang memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan dua bekas suaminya, meskipun pernah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali sebelum ini.



Malah masing-masing masih menjalinkan hubungan yang baik atas dasar profesionalisme dan komitmen kerjaya. Jelas Erra, dia pada masa sama turut menghormati dua bekas suaminya itu yang kini sudah memiliki kehidupan sendiri.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun telah berpisah pada tahun 2006.

Selepas itu, Erra mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini sudah berusia 12 tahun. Bagaimanapun, rumah tangga Erra sekali lagi gagal apabila telah disahkan bercerai dengan Engku Emran pada tahun 2014.

PERNAH ADA ISU – AZWAN ALI AKUI DIA & OGY SUDAH BERTEGUR SAPA



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button