Lima rumah Pondok Fauzi musnah terbakar

YAN: Lima rumah dua tingkat di pusat pengajian Pondok Fauzi berhampiran Kampung Sungai Udang, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan hampir 90 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 9.38 malam dan sepasukan anggotanya tiba di lokasi tiga minit kemudian

Beliau berkata, operasi diketuai pegawai bomba, Muhammad Nor Iman Mustafa bersama tujuh anggota dan sebuah jentera.



“Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Limau Dalam, Gurun, Guar Chempedak, Padang Lembu, Bedong, Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan lima rumah dua tingkat, bangunan kelas ‘B’ anggaran keluasan keseluruhan setiap rumah terbabit adalah 1.394 meter persegi (15′ x 20′ kaki persegi).

Fauzi berkata, api dapat dikawal pada jam 10 malam.

Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.



“Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

“SELEPAS BERI AMARAN, SAYA LIHAT TIADA LAGI GUNA GAMBAR SAYA SEKELUARGA” – FAUZI NAWAWI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker