Hamid Bador Akan Dedah Konspirasi Dakwaannya?

Ketua Polis Negara Minta SPRM Siasat 'Katak Politik'
Tan Sri Hamid Bador

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador telah mendedahkan konspirasi yang menggemparkan seluruh negara sebelum melepaskan jawatannya.

Semua mata tertumpu kepada beliau dan menanti apa lagi pendedahan Hamid Bador.

Pendedahan Panas Hamid Bador

Hamid juga mendedahkan bagaimana campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam mencatur jawatan di Cawangan Khas PDRM.

Beliau mendakwa percaturan itu adalah untuk kepentingan politik individu tertentu.



“Bukan saya saja menghadapi masalah dengan Menteri Dalam Negeri, Jabatan Cawangan Khas juga tidak senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan Menteri Dalam Negeri telah memaksa Jabatan Cawangan Khas melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya” 

Menurut Bekas Ketua Polis Negara banyak perkara berlaku dalam politik yang menjatuhkan kredibiliti serta nilai politik itu sendiri.

Lantikan Politik?

Jika dilihat, Hamid Bador sering dikaitkan dengan lantikan politik semasa Tun Mahathir berkuasa sejak 2018.



Tidak mustahil beliau tahu banyak perkara ‘tidak betul’ dalam politik tanahair selepas dilantik menjadi Ketua Polis Negara.

Mungkin pada masa itu beliau hanya mampu berdiam diri kerana enggan dilihat bersikap ‘pilih bulu’ dan berpegang pada prinsip tidak mencampuri urusan politik.

Malah janji Hamid Bador untuk menangkap Jho Low dijadikan lelucon netizen kerana kegagalan berbuat demikian sehingga tamat perkhidmatan.

Hamzah Zainuddin



Namun demikian apabila satu klip video temubual antara Tun Mahathir dan wartawan sebuah portal berlangsung nada konspirasi agak selari dengan pendedahan Hamid Bador.

Adakah ia kebetulan atau sememangnya serangan Hamid itu berasaskan kepada apa yang Tun Mahathir dedahkan dalam temubual maya?

Jika diamati, serangan Mahathir juga menjurus kepada Menteri Dalam Negeri manakala dakwaan Hamid Bador turut ke arah yang sama.

Apakah Hamid Bador secara sengaja membuat pendedahan gempar? Beliau perlu menjelaskan agar tidak timbul pra sangka buruk terhadap dirinya.



Semua rakyat berharap agar Hamid Bador sendiri tampil membuat laporan polis dan laporan SPRM mengenai dakwaan beliau sebelum ini.

Laporan Polis Dakwaan Ketua Polis Negara
Antara Kandungan Laporan Polis Ekoran Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador

Sebagai rekod sudah ada laporan polis dan SPRM yang dibuat rakyat bagi mencari kebenaran dakwaan Hamid Bador.

Panas Hamid Bador Dedah Campurtangan Menteri PPBM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button