Keselamatan Kuil Gunung Kanthan Dipandang Sepi
Isu Kuil Gunung Kanthan Perak, memandang sepi aspek keselamatan yang perlu dipentingkan bagi mengelak tragedi.
Walaupun ada pihak yang cuba mempertahankan kuil di Gunung Kanthan itu, mereka sepatutnya menerima hakikat kawasan tersebut tidak diberikan hak kepada Pengurusan Sakyamuni.
Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 memberi hak kepada APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964.
Tanah di Lot 46497 Mukim Hulu Kinta, Perak dimiliki secara pajakan oleh Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan, Chemor, Perak.
Bagaimanapun pihak APMC tidak bertindak tidak adil terhadap binaan kuil tersebut. Sebaliknya pemilik pajakan telah menyediakan satu kawasan lain untuk pemindahan kuil di Gunung Kanthan itu.
Adakah pihak Sakyamuni ingin tragedi runtuhan gunung batu kapur seperti di Banjaran Hotspring berulang?
Baca –
- https://www.nst.com.my/opinion/letters/2021/02/669414/dont-ignore-natural-dangers-limestone-hills
- https://focusmalaysia.my/top/limestone-hills-beware-of-dangers-lurking-behind-its-scenic-beauty/
- https://depakatalah.blogspot.com/2021/06/why-sakyamuni-temple-at-gunung-kanthan.html
- https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/06/sakyamuni-cave-monastery-overriding.html
- https://www.thevibes.com/articles/news/29996/ytl-subsidiary-assures-gua-kanthan-protection-says-awarded-lease-in-1960
Tidak cukupkah demonstrasi di Kuil Seafield yang telah mengorbankan nyawa anggota Bomba sebagai contoh alasan mempertahankan kuil?
Pihak Sakyamuni memang mahu semua itu berulang baru akan akur dengan pemindahan?
Jangan gunakan alasan kebebasan agama untuk menambah risiko keselamatan.
Cukuplah, kebebasan beragama dan amalan terjamin dalam Perlembagaan Negara. Janganlah cuba menunjukkan sikap ‘Keras Kepala’ mahu pertahankan binaan haram pula.
Perlu diingatkan ini bukanlah isu agama tetapi lebih kepada isu keselamatan pengunjung.
Selain risiko, secara jelas binaan kuil Gunung Kanthan melanggar hak milik pajakan sah kepada pemajak.
Cukuplah bermain emosi dan cubaan ‘berguling’ untuk mendapatkan sesuatu yang bukan milik sebenar.
Isu Berkaitan Kuil Di Gunung Kanthan Perak