Pahang Sumbang Peranti Digital Kepada Pelajar SPM2021
Pahang menyumbang peranti digital kepada pelajar yang akan menduduki SPM2021 bagi memudahkan PdPR.
Menteri Besar Pahang, Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan bantuan tersebut kepada pelajar yang layak di Dewan UMNO Cameron Highlands.
Semalam 140 pelajar dari SMK Sg Koyan menerima sendiri peranti digital daripada Wan Rosdy.
Sumbangan tersebut berbentuk komputer riba diberikan bukan sahaja di Dun Jelai tetapi ke seluruh negeri Pahang menurut Wan Rosdy.
Dalam majlis sama, Wan Rosdy turut menghadirkan kegembiraan kepada pelajar cemerlang SPM2020 Dun Jelai.
Beliau memberi sumbangan peribadi kepada penerima yang mencapai prestasi baik dalam peperiksaan SPM tahun lepas.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=tnsFlCFs3_g[/embedyt]Sebelum itu, Menteri Besar Pahang turut menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada peniaga kecil yang terjejas akibat PKP 3.0 bertempat di Terminal Bas Sg Koyan.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=f0yVpolysVI[/embedyt]
Pelaburan Bernilai Billion Di Pahang – Wan Rosdy