Pemangku Raja Pahang Dihina Dalam Twitter

Pemangku Raja Pahang
Pemangku Raja Pahang

 

Penghinaan terhadap Institusi DiRaja semakin melampau. Terbaru, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menjadi sasaran menerusi twitter.

 

Hina Pemangku Raja Pahang
Ciapan Menghina Pemangku Raja Pahang

Menggunakan akaun twitter dipercayai palsu imane sofea, ciapan memaparkan foto Pemangku Raja Pahang yang diubah suai dengan kapsyen biadap terhadap KYDMM Agong dan Permaisuri Agong.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu memantau aktiviti sebegini dan membenteras perlakuan biadap terhadap Institusi DiRaja.

Kebiadapan sebegini tidak boleh diterima langsung kerana jelas melanggar Prinsip Rukun Negara.

Serangan terhadap Istana menerusi media sosial agak menggusarkan kerana menghasut rakyat membenci Raja Raja Melayu.

Pemuda UMNO Raub bersama NGO di Raub mengambil inisiatif membuat laporan polis terhadap pemilik akaun twitter tengahari tadi.

Mereka juga meminta agar pihak PDRM & SKMM mengambil langkah tegas dan mereka yang terlibat perlu didakwa segera.

 

Laporan Polis Oleh Pemuda Umno Raub & NGO Raub

 

 

 

Polis siasat individu hina institusi Raja, kerajaan

 

Leave a Reply