Saya Tidak Bimbang Hilang Kedudukan
“Saya tidak bimbang hilang kedudukan. Kerana saya takut UMNO hilang sokongan” ujar Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, ahli parlimen Lenggong.
Shamsul merupakan pemimpin terawal dari UMNO yang mengisytiharkan akan melepaskan jawatannya selaku Menteri sekiranya parti meminta berbuat demikian.
Beliau turut menyatakan akan fokus melaksanakan tanggungjawab selaku Menteri selagi parti tidak mengarahkan untuk meletakkan jawatannya.
“Prinsip saya kekal. Saya tetap patuh dan akur dengan keputusan parti selagi ianya tidak lari daripada idealogi dan prinsip perjuangan parti”
Shamsul Anuar Nasarah merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
SUA Menteri Tidak Sokong Parlimen Di Buka
Baca juga