SUA Menteri Tidak Sokong Parlimen Di Buka

SUA Menteri Tidak Sokong Parlimen Di Buka
Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah

 

Setiausaha Akbar (SUA) Menteri Wilayah membalas ciapan seolah tidak menyokong pembukaan sidang parlimen seperti dititahkan KYDMM Agong.

Tun Faisal membalas ciapan Setiausaha Agung UMNO dimana beliau mempersoalkan angka yang dikemukakan Dato Ahmad Maslan mengenai bilangan ahli parlimen Malaysia.

Kenyataan Media Istana Negara



Kenyataan Media Istana Negara

 

SUA Menteri itu cuba memberi gambaran sekiranya sidang parlimen dibuka, ada risiko jangkitan kepada hampir 1,000 orang petugas Parlimen.

Umum tahu semua ahli parlimen telah selesai mendapat 2 dos vaksin kerana dikategorikan sebagai Barisan Hadapan.



Manakala SU Agung UMNO pula memberi perbezaan angka serta lokasi antara Parlimen & mesyuarat parti.

SUA Menteri Tidak Sokong Parlimen Di Buka
Tangkap Layar Ciapan Balas SUA Menteri Kepada Setiausaha Agung UMNO

 

Ahmad Maslan membuat ciapan tersebut bagi menyatakan UMNO menjunjung Titah Agong yang mahu sidang parlimen dibuka secepat mungkin.

Ini bagi membolehkan ahli parlimen berbahas mengenai Ordinan Darurat serta perbelanjaan negara.



Agak musykil apabila SUA Menteri Wilayah berbeza nada dalam soal pembukaan sidang parlimen.

Semalam KYDMM telah menerima mengadap Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sekali lagi Baginda Agong menzahirkan pandangan agar sidang parlimen dilakukan secepat mungkin.

Ini merupakan Titah kali ke-3 dizahirkan Baginda Agong kepada kerajaan.



Mengapa kerajaan berbolak-balik kepada Titah Agong? Pelbagai alasan digunakan oleh Menteri bagi melengahkan sidang parlimen.

Rakyat pula semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada Perikatan Nasional sebagai kerajaan dan usaha melengahkan Titah Agong pula mula mendatangkan pra sangka rakyat kepada kerajaan.

Nazri Perlu Dedah Nama 25 Sokong Hishamuddin

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button