Resepi Kailan Ikan Masin

Resepi Kailan Ikan Masin

 

Entri kali ini Che Nom nak kongsikan resepi Kailan Ikan Masin. Dulu kami sekeluarga selalu makan sayur kat sebuah restoran di Kg Baru, KL tapi malang sekali restoran tu dah ditutup perniagaannya. Apa yang special tentang Kailan Goreng Ikan Masin di situ ialah kerangupan sayur kailan nya.

Bila mencuba masak berkali-kali, Che Nom dapati untuk mendapatkan rasa kerangupan dan kesegaran yang hampir sama sayur harus direndam di dalam air atau kalau boleh air sejuk sehingga daun menjadi segar dan rangup kemudian barulah digoreng. Cara masak juga tidaklah susah, bahan pun ringkas sahaja. Ikan masin pula boleh digunakan isi ikan tenggiri atau kurau masin. Jom cuba 🙂



 

Bahan-bahan:

 

  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
  • 4 biji cili padi, ketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula, secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
  4. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.

Sayur Kailan Ikan Masin

Resepi Kailan Ikan Masin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading