Inikah Surat Yang Azalina Tanya Timbalan Speaker?

Twitter Azalina

 

Tanda tanya persoalan Dato Azalina Othman kepada Timbalan Speaker mengenai sepucuk surat yang di terima seakan terjawap.

3 salinan surat yang dikatakan Azalina tersebar di whatsapp lalu dikongsi ramai netizen dan rakyat.



 

Surat

 

Surat



 

Persoalannya adakah benar seperti yang tertulis didalam surat itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 100 sokongan ahli parlimen?

Siapa boleh menjawap kebenaran isi kandungan surat berkenaan?

 



Muhyiddin - Lim Kit Siang

 

Jika benar perkara tersebut, secara tidak langsung kini Muhyiddin tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri kerana tidak lagi mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Menurut kandungan surat itu lagi, jumlah sokongan Muhyiddin merosot daripada 106 ke 100 selepas Datuk Seri Noraini Ahmad menarik sokongannya.



Jumlah majoriti mudah bagi seseorang dipilih sebagai PM ialah 112 selari dengan majoriti mudah membentuk kerajaan.

Muhyiddin bagaimanapun masih berkeras enggan melepaskan jawatannya walau telah maklum beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan.

 

Kenyataan Muhyiddin



 

Petang tadi dalam sidang media perutusan tertunda, Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Sebaliknya Muhyiddin menawarkan kejutan kepada semua pihak yang mahu menyokongnya dalam undi percaya di parlimen termasuk Ketua Pembangkang. 

Perkembangan yang mengejutkan ini mengesahkan kedudukan Muhyiddin kini semakin genting.



 

Anwar Mahathir

Ini menunjukkan beliau sanggup kembali bekerjasama dengan sebahagian daripada Pakatan Harapan hanya untuk kekal berkuasa.

Apa kesan daripada pengumuman Muhyiddin petang tadi dan implikasi surat yang tersebar?

Hanya mereka yang arif dalam perundangan dan legitimasi boleh menberikan pandangan dari sudut perundangan.

 

“Bukan Kita Jumpa Agong ?” Azalina Kantoikan Rashid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button