Biarlah Faisal berehat, jangan ganggu lagi

Biarlah Faisal berehat, jangan ganggu lagi

Biarlah Faisal berehat, jangan ganggu lagi
Dr. Muhammad Hazwan Khair

SHAH ALAM – Pemain kebangsaan, Faisal Halim perlu menjalani proses ‘kuarantin’ dan pihak hospital ambil keputusan untuk tidak membenarkan pihak luar daripada datang melawat bagi mengelak berlaku komplikasi atau pun jangkitan kuman.

Selepas jalani pembedahan ketiga dengan menggunakan kaedah ‘skin allograft’, kelmarin, Faisal kini memerlukan rehat yang mencukupi bagi memudahkan badannya menyesuaikan diri dengan proses pemulihan.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, ketika ini boleh dianggap sebagai detik kritikal dan sebarang lawatan kini sudah pun dihadkan oleh pihak hospital.



“Tumpuan doktor kini beralih kepada fasa rekonstruktif menggunakan ‘skin allograft’. Doktor memantau dengan teliti tindak balas badannya, mengutamakan pencegahan jangkitan dan memastikan pemakanan yang optimum.

“Walaupun kami tidak menjangkakan perkembangan ketara pada masa akan datang namun seperti yang dinyatakan oleh isterinya, Faisal makin selesa dan terbukti apabila boleh berjalan tanpa bantuan ke tandas.

“Kami menasihatkan keluarganya untuk melindunginya daripada sebarang berita negatif kerana mahu dia kekal positif dan lebih menumpukan kepada proses rawatan itu,” katanya.

Pembedahan menggunakan kaedah ‘skin allograf’ yang dianggarkan bernilai RM30,000 itu lebih tertumpu di bahagian lengan dan rusuk Faisal.



Berita menggembirakan peminat bola sepak Malaysia apabila doktor turut memaklumkan Faisal dapat mengharungi proses pemulihan dengan lebih cepat dan dijangka akan dibenarkan pulang pada Raya Haji, bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Biarlah Faisal berehat, jangan ganggu lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button