Terkejut Bayi Ditemui Dalam Bakul Motor

 

Seorang lelaki yang mahu turun bekerja terkejut dengan penemuan bayi yang diletakkan di dalam bakul motosikal miliknya di Kampung Siol Kandis, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, bayi perempuan itu dalam keadaan baik dan sempurna sifat dipercayai dilahirkan cukup bulan.

Menurut sumber, bayi malang itu dipercayai dibuang pasangan kekasih remaja, kedua-duanya berusia 16 tahun dari kampung yang sama.

“Remaja wanita itu dipercayai melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya sekitar jam 2 pagi sebelum menghubungi teman lelakinya memohon pertolongan.

“Mereka membersihkan dan membalut bayi dengan kain tuala sebelum meletakkanya dalam bakul motosikal seorang penduduk,” katanya, hari ini.



Sementara itu, kakak mangsa memberitahu,mereka tidak mengetahui adik perempuannya mengandung.

Difahamkan, ketika adiknya melahirkan bayi berkenaan dalam tandas, pagi tadi mereka tidak mendengar bunyi tangisan bayi.

Pihak polis juga berada di lokasi bagi menyiasat kejadian dan mengesan ibu bayi berkenaan.



-berita harian-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button