‘Hadiah Terakhir’ TMJ Timbulkan Tanda Tanya

Tulisan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruang komen hantaran di Instagram rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) kelmarin seakan memberi bayangan akan meninggalkan pasukan itu.

Dalam komen Tunku Ismail yang menimbulkan tanda tanya itu, beliau menyebut pembinaan pusat latihan JDT yang baharu adalah hadiah ter­akhirnya buat kelab Harimau Selatan.

“Saya telah berjaya memba­ngunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi dan 18 piala pasukan senior dan 10 piala pasukan junior. Kesemua 28 piala dalam lapan tahun.

“Ini saya punya hadiah terakhir kepada kelab,” kata Tunku Ismail di ruang komen ber­kenaan.

Komen tersebut ditinggalkan pada video yang memaparkan reka bentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam hantaran tersebut, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini.

Ini termasuk meratakan ta­nah dan pemasangan infrastruktur asas seperti kabel kuasa dan paip air. -utusan –

Leave a Reply