Jadual Padat Perdana Menteri Di Bera

Ahli Parlimen BN/UMNO Sedia Bersidang -Ismail Sabri
Perdana Menteri
Dato Seri Ismail Sabri

Seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pulang ke kawasan Parlimen diwakilinya di sini buat pertama kali bagi menghadiri tiga acara rasmi.

Ahli Parlimen Bera itu dijadual menghadiri tiga majlis bermula tengah hari ini.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Eksesais Para Predator di Kampung Batu Boh di sini, dengan turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Ismail Sabri kemudian dijadual ke majlis penyerahan bantuan bakul makanan kepada wakil dari tujuh kampung berhampiran di Masjid Kampung Kuala Bera pada jam 2 petang, diikuti acara sama di masjid Kampung Kuala Triang.

Sebelum pulang, beliau dijadual melawat pejabat Parlimennya di sini.

nst

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button