Kylian Mbappe Kekal Di Paris Saint-Germain

 

Kylian Mbappe dilaporkan akan kekal di Paris Saint-Germain musim panas ini selepas Real Madrid menarik diri daripada perbincangan dengan kelab Perancis itu.

Pasukan La Liga cuba mendapatkan Mbappe sebelum tamat tempoh perpindahan minggu lalu tetapi menyaksikan tawaran mereka yang bernilai £137 juta (RM783.54 juta) ditolak.

Real kemudian menambah tawaran mereka kepada £145 juta (RM829.29 juta) selain tambahan £9 juta (R51.47 juta) tetapi ia tetap ditolak.

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, tawaran kelab Sepanyol itu tamat pada jam 5 petang waktu United Kingdom.

Laporan di Sepanyol mengatakan Real bersedia menambah tawaran mereka kepada £172 juta (RM983.71 juta) tetapi L’Equipe berkata PSG menafikan dakwaan itu.

Mereka mendakwa Real tidak akan menambah tawaran dan mengambil keputusan menarik diri daripada sebarang perjanjian.

PSG terdesak untuk mengekalkan pemain berusia 22 tahun itu namun berisiko kehilangannya menerusi perpindahan percuma musim panas depan.

Mbappe akan tamat kontrak pada penghujung musim ini dan setakat ini tidak menyambung kontrak dan tampak mahu berhijrah ke Bernabeu. – AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button