Lebih 220,000 Keping Pelitup Muka Neelofa Terjual

 

Pelitup muka Nun Ha milik pasangan selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa habis terjual sebanyak 220,000 keping hari ini walaupun pelancaran rasminya belum dibuat.

Produk terbaharu keluaran syarikat Markaz Tijaari milik pasangan itu mula dijual sejak petang hari ini secara dalam talian.

 





Riz, 26, juga pendakwah bebas berkata, jualan itu sekali gus membantu 18,000 peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat mereka yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, balu dan ibu tunggal.

“Sebenarnya, pelitup muka ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, tapi kami buka jualan lebih awal. Alhamdulillah, tak sangka ia habis terjual dalam tempoh yang singkat.

“Sedikit-sebanyak, jualan ini juga membantu peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat kami. Apatah lagi, kebanyakan mereka adalah golongan suri rumah, ibu tunggal dan balu. Jadi, dapatlah menjana pendapatan untuk mereka,” katanya.

Riz berkata, dia bersama Neelofa sudah merancang perkara itu sejak hujung tahun lalu.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button