Cerai bini untuk elak bayar hutang?

Cerai bini untuk elak bayar hutang?

Cerai bini untuk elak bayar hutang?
FOTO HIASAN

Beijing: Lelaki di China sanggup memindahkan dua aset hartanahnya kepada isteri sebelum menceraikan wanita itu dalam usaha untuk mengelak membayar pampasan kepada jirannya, lapoir South China Morning Post.

Lelaki terbabit sebelum ini diarahkan membayar pampasan 200,000 yuan (RM128,047) kepada jirannya kerana melanggarnya dengan kereta.

Mahkamah tempatan di Shanghai membuka semula kes perceraian dan memerintahkan lelaki bernama Zhou itu, membayar hutang pampasan kepada jirannya, Chen, lapor Pear Video, 8 Julai lalu.



Zhou secara tidak sengaja melanggar Chen dengan keretanya semasa memandu di perkarangan kediaman mereka, yang menyebabkan kecederaan yang tidak diperincikan, sebelum berlaku pertikaian mengenai jumlah indemniti yang perlu dibayar.

Apabila mereka gagal bersetuju dengan jumlah pampasan, Chen menuntut ganti rugi sebelum mahkamah memutuskan Zhou perlu membayar Chen 200,000 yuan untuk menampung perbelanjaan perubatan dan pampasan hilang upaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan



Bagaimanapun, Chen dan mahkamah mendapati Zhou tidak mempunyai aset yang disenaraikan atas namanya, dan seolah-olah tidak mempunyai cara untuk membayar pampasan.

Curiga dengan ini, mahkamah meneliti kewangan dan rekod transaksi Zhou untuk harta dan perkahwinan.

Mahkamah mendapati Zhou menceraikan isterinya selepas mahkamah memerintahkan dia membayar ganti rugi kepada Chen.

Selepas mengetahui penipuan itu, Chen meminta mahkamah menarik balik penyelesaian harta dan menuntut pasangan yang bercerai itu menanggung semua kos yang ditanggung semasa tindakan undang-undang itu.



Mahkamah mendapati Zhou memindahkan aset untuk mengelak daripada membayar pampasan sebelum membatalkan penyelesaian harta yang dibuat pasangan itu.

Kedua-duanya juga perlu membayar kos guaman Chen dan pada masa sama, Zhou diperintahkan untuk membayar pampasan terbabit.

Cerai bini untuk elak bayar hutang?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading