Apa Dosa Siti Nur Azizah? – Najib Razak

 

Apa Dosa Siti Nur Azizah sehingga kehilangan tangan? Dia keluar untuk mencari rezeki. Untuk bantu ibunya. Untuk bantu keluarganya. Untuk bantu adik-adiknya.

Alhamdulillah, ibu kepada Siti Nur Azizah beritahu anaknya sudah sedar. Dah boleh makan, minum dan tak bergantung lagi pada bantuan oksigen. Siti Nur Azizah pun dah dipindah ke wad biasa.

Sejujurnya, saya masih sedih dengan apa yang menimpa Siti Nur Azizah. Niatnya nak bantu keluarga tetapi menjadi mangsa penjenayah.



 

Najib Razak

Tempohari saya hulurkan sedikit bantuan wang tunai kecemasan pada keluarga ini. Saya juga menawarkan bantuan guaman, jika mereka memerlukan.

Siti Nur Azizah keluar untuk mencari sesuap nasi dengan menjadi penghantar barang bagi membantu ibunya, seorang ibu tunggal.

Pedih hati saya, anak ini yang hanya berusia 17 tahun terpaksa menempuh kehidupan seperti ini selepas dizalimi penjenayah.

Saya amat yakin pihak polis akan segera menangkap penjenayah penjenayah ini. Mereka perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Insha Allah, kami akan terus berhubung dengan keluarga adik ini dan saya harap dapat bertemu nanti.

Saya doakan keluarga ini sentiasa tabah, dan Siti Nur Azizah dikurnikan sebaik baik kesembuhan.

Di sini juga, saya juga harap pihak berkaitan dapat segera hulurkan bantuan yang sewajarnya bagi mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button