Tiga Pusat Pemindahan Sementara Di Buka

 

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di Johor hari ini selepas hujan lebat lebih enam jam melanda kebanyakan kawasan di negeri ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata dua daerah terjejas banjir adalah Johor Bahru dan Pontian.

Katanya, tiga PPS yang dibuka itu membabitkan PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai di Johor Bahru manakala sebuah lagi iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.



“Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Johor Bahru sedang dikemas kini berikutan pertambahan mangsa, manakala di Pontian membabitkan 19 mangsa daripada lima keluarga.

“Dua PPS di Johor Bahru dibuka mulai jam 10 pagi tadi manakala PPS di Pontian dibuka jam 11 pagi tadi.



“PPS Dewan Raya Kg Melayu Batu 10 khas untuk mangsa banjir yang perlu menjalani kuarantin berikutan menjadi kontak rapat kes COVID-19 manakala mangsa banjir yang lain ditempatkan di PPS SMK Skudai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker