Penangan PKP 3.0, Badut Tawar Khidmat Sanitasi

Selepas empat bulan menggantung kostum badut selain menghentikan sementara aktiviti sebagai juruhebah acara susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Shaharul Hisam Baharudin kembali menyarung pakaian itu sambil menawarkan khidmat semburan sanitasi dari rumah ke rumah.

Shaharul Hisam, 43, berkata pendekatan itu digunakan kerana tiada sebarang sambutan perayaan dan keramaian menyebabkan persembahan badut mahupun juruhebah acara secara automatik terhenti.

“Idea ini tercetus memandangkan semburan sanitasi ketika ini menjadi keperluan. Selain gemarkan sesuatu lain daripada lain, ia juga dapat menggilap semula kemahiran persembahan saya selepas lama menyepi.

“Kalau hendak dibandingkan hasil pendapatan antara sebelum dan selepas memulakan aktiviti sanitasi dengan kostum badut, ia jauh lebih kecil tetapi saya lakukannya semata-mata untuk sesuap nasi,” katanya sewaktu dihubungi malam tadi.

Katanya, harga untuk perkhidmatan itu ditetapkan pada kadar minimum berikutan menyedari ramai yang hilang sumber pendapatan menyebabkan permintaan tidak tinggi.

Dia hanya mengenakan caj minimum RM50 bagi satu sesi semburan di rumah atau pejabat dengan mengenakan pakaian badut, manakala RM20 bagi sanitasi biasa.

Shaharul Hisam yang memilih kerjaya itu sejak sembilan tahun lalu berkata, khidmat semburan dilakukannya sejak enam bulan lalu dengan mempromosikannya di Facebook atau WhatsApp.

“Kanak-kanak seronok bila saya datang ke rumah pelanggan mengenakan kostum badut, mungkin mereka sudah lama terkurung di rumah,” katanya.

sambil menawarkan khidmat semburan sanitasi dari rumah ke rumah.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button