5 rekod pelik dan unik disandang Malaysia

Berikut disenaraikan 5 rekod pelik dan luar biasa yang disandang Malaysia dan turut disenaraikan dalam Guinness Book of World Records.

1. Perdana Menteri paling tua di dunia – 2018
Tun Mahathir Mohamad menyandang gelaran pada usia 92 tahun berikutan kemenangan mengejutkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, secara langsung menjadikan Tun Mahathir sebagai PM tertua di dunia.

Beliau memadamkan rekod pemegang terdahulu iaitu Raja Fahd bin Abdul Aziz dari Arab Saudi yang berusia 84 tahun ketika beliau meninggal dunia pada tahun 2005.

Selain itu, gelaran Perdana Menteri yang tertua untuk dilantik buat kali pertama adalah bekas Perdana Menteri India Morarji Ranchhodji Desai, yang berusia 81 tahun ketika beliau mengambil alih jawatan itu pada tahun 1977.



 

2. Wang kertas paling besar di dunia – 2017
Rekod disandang melalui wang kertas terbesar di dunia bersaiz 22 cm x 37 cm dihasilkan Bank Negara Malaysia pada 29 Disember 2017.

Hanya 6,000 keping wang kertas sahaja dibuat sempena memperingati ulang tahun ke-60 peristiwa menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.



Walaupun setiap wang kertas ini secara teknikal adalah bernilai RM600, namun nilai jualan sebenarnya ialah RM1,700. Malah, satu daripada wang kertas ini terjual dengan harga setinggi RM78,000 dengan pembida dari China, Hong Kong, Singapura dan Indonesia merebutnya.

3. Kereta api paling berat di dunia ditarik gunakan gigi – 2003
Rekod dunia ini disandang olh Rathakrishan Velu pada 18 Oktober 2003, apabila beliau mengejutkan dunia dengan menarik dua kereta api komuter KTM seberat 260,800 kilogram, hanya menggunakan gigi sejauh 4.2 meter.

Rathakrishan memberitahu beliau mendapat kekuatan sebegini daripada sejenis meditasi India selain  bangun pukul 4.30 pagi setiap hari untuk menjalani latihan rahang, mengangkat 250 kilogram pemberat dan berlari sekurang-kurangnya 25 kilometer.



 

4. Manusia paling pantas di dunia menebuk 4 kelapa menggunakan jari – 2011
Hong Eng Hui akar seni mempertahankan diri dari Johor iaitu Ho Eng Hui telah mencipta rekod dunia apabila berjaya menebuk 4 buah kelapa dengan jari telunjuk hanya dalam masa 12.15 saat sehingga air di dalamnya mengalir keluar.

Ho Eng Hui yang ketika itu berusia 58 tahun melakukan aksi hebat tersebut di set di set Lo Show Dei Record, Milan pada 21 April 2011. Ho mempelajari seni mempertahankan diri satu jari dari rakan yang juga pakar dalam qi gong, Choo Kong Leong yang berasal dari Singapura.

 



5. Menara kawalan lapangan terbang paling tinggi di dunia – 2013
Tahukah anda, Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 (juga dikenali sebagai Tower West) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah menara kawalan lapangan terbang yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 133.8 meter?
Dibina pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada terminal KLIA2 yang baru, menara ini terdiri daripada 33 tingkat dan menelan kos RM55 juta untuk disiapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button