Data kematian covid, Backlog atau ‘Bad luck’?

Sumber poster – media sosial

 

Data kematian akibat kes covid yang dikemaskini pada 11 September 2021 dilaporkan pada angka 592 menurut laman CovidNow

Najib dalam tulisannya di facebook mempersoalkan mengapa angka kematian sebenar  berbeza dengan laporan KKM sebelum ini.

 

 

Beliau menggesa agar kes kematian akibat covid dikemaskini seberapa segera agar rakyat lebih yakin dengan keadaan semasa covid.

Istilah ‘Backlog’ yang diguna pakai jika diterjemahkan adalah data kes yang lepas tetapi masih belum disahkan samada berkaitan covid atau tidak.

Proses pengesahan difahamkan mengambil masa yang agak lama dan melibatkan proses ‘post mortem’ untuk disahkan mati akibat covid19.

Bagaimanapun proses tersebut akan memakan masa yang lebih lama terutama apabila melibatkan warga asing yang mati kerana jangkitan covid.

 

 

Mayat akan disimpan dalam kontena terlebih dahulu sebelum proses pengesahan dilakukan.

Apabila berlaku keadaan demikian, maka angka kematian akan terus meningkat setelah pengesahan dibuat sehingga menggusarkan rakyat Malaysia walaupun kes kematian harian sebenar tidak setinggi yang dilaporkan.

 

 

 

Rekod dalam carta CovidNow yang mengesahkan kematian ada percanggahan. Seperti contoh pada 26 Ogos 2021, kematian dilaporkan 393 (termasuk yang “backlog” lambat dapat pengesahan) tetapi kematian sebenar akibat covid pada hari tersebut adalah 214. Angka 393 dilaporkan sebagai kematian dalam laporan harian covid19, namun kematian sebenar adalah 214.

Apa sebenarnya yang disorokkan dari pengetahuan rakyat? Menteri Kesihatan perlu menjelaskan mengapa berlaku ‘Backlog’ sebelum ini? Kenapa lapor angka yang jauh di bawah angka sebenar selama berbulan-bulan lamanya?

Sejauh mana kebenaran ‘cakap-cakap politik’ media sosial tidak dapat disahkan namun segalanya perlu diperbetulkan jika mahu negara mencapai ‘Herd Immunity’ yang disasarkan.

Sekiranya masih ada jumlah kematian tertunggak yang masih tidak dilapor, maka harap angka ini akan dikemaskini secepat mungkin agar Rakyat lebih yakin dengan keadaan semasa Covid yang sebenar.

Jajaran Baru : mana Najib? mana Zahid?

 

Leave a Reply