Pakatan Harapan bergelut isu lambang PRU15

Howard Lee Ketua DAPSY Kebangsaan

 

Pakatan Harapan masih bergelut mengenai isu lambang yang akan digunakan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU15.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee pada 8 September 2021.



rujukan – https://www.roketkini.com/2021/09/08/kini-masa-selesaikan-masalah-rakyat-dapsy/

“Di kala rakyat sedang bergelut tenggelam timbul dengan masalah kelangsungan hidup, ekonomi yang menekan dan krisis kesihatan yang terus mengancam…” kata Howard Lee.

Howard Lee memetik kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dalam satu webinar anjuran UPKO.

 “Logo pun, secara prinsip kita sudah setuju. Dulu kita setuju terima Keadilan kerana Pendaftar tidak perakui pengesahan PH. Sekarang PH sudah diputuskan.” Anwar Ibrahim.



Pakatan Harapan dijangkakan akan berdepan masalah apabila menghadapi PRU 15 untuk menetukan lambang yang akan digunakan mereka kelak.

 

 



Pada PRU14, Pakatan Harapan secara kolektif bersetuju menggunakan lambang PKR untuk berkempen. Ketika itu PPBM masih bersama dalam PH dan akhirnya Tun Mahathir dilantikk sebagai Perdana Menteri walaupun PPBM hanya memenangi 13 kerusi.

Sebagai rekod, DAP merupakan pemegang kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan. Bagaimanapun Presiden PKR ketika itu, Wan Azizah dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Lebih malang lagi, PKR yang dijanjikan jawatan Perdana Menteri akhirnya berputih mata apabila Mahathir bertindak meletakkan jawatan ekoran krisis dalaman PH.

Krisis dalaman PH telah menyebabkan PH tumbang dan PPBM pula memecat Mahathir dan membentuk kerajaan yang dinamakan Perikatan Nasional.



Dilemma DAP ketika ini, bagaimanakah mereka mahu mendapat kepercayaan daripada pengundi sekiranya masih menggunakan lambang PKR pada PRU15 nanti.

Saingan yang lebih sengit dijangkakan akan berlaku dalam PRU15 berikutan rakyat yang sudah serik dengan ‘Manifesto PH’ serta kegagalan Perikatan Nasional sebagai kerajaan.

Adakah Tony Pua Orang yang Terpintar yang DAP Ada?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button