Pakatan Harapan kini sudah jadi ‘hero’ rakyat?
Menurut laporan RoketKini, perjanjian persefahaman yang ditandatangan semalam telah mengangkat martabat Pakatan Harapan dan menjadikan mereka sebagai ‘hero rakyat’.
Pakatan Harapan berpendapat MoU semalam merupakan antara perjuangan mereka selama ini untuk kebaikan rakyat.
rujukan – MoU PH – Kerajaan
Bagaimanapun tidak pula PH menyatakan mengenai jawatan Ketua Pembangkang yang kini setaraf Menteri serta diberikan kemudahan Menteri.
Dengan berbekalkan 91 kerusi di Dewan Rakyat, PH mahu semua pihak menghormati kedudukan mereka kerana kini kerajaan memerlukan sokongan daripada pembangkang untuk meluluskan rang undang-undang.
Kedudukan Kerusi Di Parlimen
- Perikatan Nasional – 55
- Pakatan Harapan – 91
- Barisan Nasional – 42
- GPS – 18
- Warisan/Pejuang/Muda/PSB – 16
Pakatan Harapan akan memanipulasi apa ssahaja untuk kepentingan survival politik mereka kerana sedar rakyat sudah insaf selepas memberi peluang selama 22 bulan memerintah.
MoU semalam adalah kesempatan terbaik mereka berbuat demikian dan tidak mengambil masa lama, PH mula berkira-kira untuk menunjukkan kerajaan berada di bawah telunjuk mereka.
Perlu diingatkan kejatuhan ekonomi negara bermula apabila Pakatan Harapan memerintah dan kemudiannya diikuti Perikatan Nasional.
Tony Pua pula menyifatkan MoU semalam adalah antara langkah ‘mengusir’ kluster mahkmah Umno dari terus berdamping dengan kerajaan Ismail Sabri.
Hakikat yang Tony Pua lupa ialah Anwar dan Guan Eng juga berada dalam kluster mahkamah berikutan kes yang mereka terlibat dan masih dibicarakan.
rujukan – ANWAR & GUAN ENG JUGA KLUSTER MAHKAMAH
Dengan manifesto PRU14 yang tidak ditunaikan, PH sebenarnya tidak boleh mengaku mereka ‘Juara Rakyat’.
Rakyat sendiri menilai manifesto PH yang langsung tidak tertunai dan Tun Mahathir mengakui segala manifesto tersebut hanya bersifat populis. Jadi dimanakah dakwaan Pakatan Harapan bahawa mereka membawa aspirasi rakyat?
Jawapan apa yang Pakatan Harapan boleh berikan jika di tanya mengenai elaun Ketua Pembangkang yang kini setara dengan Menteri? Adakah mereka akan memutar alasan untuk terus berlagak suci?
Setujukah rakyat kalau Pakatan Harapan dikatakan sebagai ‘Hero Rakyat’?
Ketua Pembangkang kini jadi Menteri ‘flip flop’