“Bakal Jadi Lauk” Si Tikus Dikelilingi Sekumpulan Kucing

 

Kucing dan tikus memang sering kali dianggap sebagai musuh sejati. Apatah lagi apabila kucing yang pantang melihat tikus di dapur. Sama macam situasi dikongsikan ini apabila seekor tikus menemui jalan buntu apabila terpaksa berhadapan dengan sekumpulan kucing yang mengelilinginya.

Situasi itu turut mencuit hati netizen apabila tikus itu dilihat seakan-akan dibuli oleh kucing yang berada di situ. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat kucing-kucing ini yang tidak dapat berhenti memerhatikan tikus tersebut.

 

Di dalam video dikongsikan ini, tikus itu dilihat berada di bucu dinding sambil diperhatikan oleh beberapa ekor kucing. Dalam masa sama, turut kelihatan beberapa ekor kucing yang mengelilingi tikus itu menyebabkan ia tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Lebih melucukan, salah seekor dari kucing itu kemudiannya beberapa kali menampar tikus itu untuk diajak bermain. Namun tikus itu hanya kekal berdiri di situ memandangkan tiada jalan keluar untuknya. Malah tikus itu juga turut kelihatan takut apabila dirinya berterusan ditenung oleh kumpulan kucing itu.

Apa yang menariknya, kucing-kucing yang lain hanya duduk memerhatikan tikus itu dan langsung tidak mengigitnya atau dibawa lari. Menurut pemilik video, tikus itu akhirnya selamat dan dibawa keluar supaya tidak dijadikan mangsa mainan kucing tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu dari kumpulan kucing ini. Malah ada yang berseloroh pastinya tikus itu berasa menyesal gara-gara tersalah masuk ‘kawasan bahaya’ dan boleh mengancam nyawanya.

Dalam hati cik siti tu, arwah dah aku harini
Memang jadi lauk la ratatouille tu…
Sumber : Himpunan Cerita Lawak

Leave a Reply