Anwar Ibrahim & Guan Eng kategori ‘kluster’ apa?

 

Sekiranya Anwar dan Guan Eng didapati bersalah di Mahkamah, mereka akan diletakkan dalam kategori kluster apa pula?

Persoalan ini timbul apabila netizen dan rakyat mula bercakap mengenai MoU yang ditandatangani antara PH dan Kerajaan semalam.

Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sepatutnya tergolong dalam kumpulan yang digelarkan sebagai ‘kluster mahkamah’ berikutan kes mereka.

rujukan kes Anwar Ibrahim – SERANGAN SEKSUAL

rujukan kes Lim Guan Eng – TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG

Bagaimanapun, gelaran tersebut tidak ‘dikenakan’ terhadap dua figura parti dari Pakatan Harapan.

Bagi mereka, gelaran ‘kluster mahkamah’ merujuk kepada pemimpin Umno yang masih berpengaruh dalam percaturan politik negara.

GELARAN YANG SENGAJA DIWUJUDKAN 

 

Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak seringkali dirujuk sebagai ‘kluster mahkamah’ oleh pihak lawan.

Jika melihat kepada kes Anwar dan Guan Eng, mereka turut akan menjalani proses perbicaraan yang agak lama.

Ini semestinya akan menggangu perjalanan politik kedua-duanya sekali sekiranya mereka memenangi PRU15 akan datang.

Pakatan Harapan yakin mereka akan memenangi PRU15 sepertimana menang pada PRU14 seterusnya membentuk kerajaan kembali. Sudah pasti Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan Guan Eng sebagai Timbalannya pada masa itu.

Bagaimanakah mereka mahu melaksanakan tugas jika berada dalam kabinet tetapi dalam masa sama terpaksa ke Mahkamah?

Apakah akan berlaku ‘kejutan’ sepertimana Guan Eng yang dibebaskan hingga pihak SPRM turut terkejut?

rujukan – GUAN ENG BEBAS, SPRM TERKEJUT

Teringat kepada ‘larangan’ yang disyaratkan kepada Perdana Menteri, Dato Ismail Sabri Yaakob yang sering diingatkan agar tidak membabitkan penglibatan ‘kluster mahkamah’ dalam pentadbirannya oleh Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

rujukan – https://www.thesentral.my/2021/08/25/jangan-libatkan-kluster-mahkamah-dalam-kabinet-baru-saran-dr-m/

Sikap ‘double standard’ yang disyaratkan PN dan PH ini sebenarnya menggambarkan betapa mereka gerun kepada Najib dan Zahid. Bagi mereka, Najib dan Zahid adalah figura yang mampu membawa BN kembali ke zaman kegemilangan seperti sebelum PRU14.

Jika Najib dan Zahid berjaya mengharungi proses Mahkamah dan bersihkan diri dari semua pertuduhan, masalah besar akan menimpa kedua-dua PN dan PH.

Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut, gelaran ‘kluster mahkamah’ perlu didoktrinkan kepada rakyat untuk membangkitkan rasa benci kepada Najib dan Zahid.

Mengapa Anwar dan Guan Eng tidak digelarkan sebagai ‘kluster Mahkamah’ sedangkan mereka berdua turut berdepan kes Mahkamah? Hanya mereka (PN & PH) yang boleh jawap persoalan ini.

Inilah cara PN dan PH ‘membunuh’ karektor pemimpin Umno bagi menyekat kebangkitan semula Umno.

Siapa Ahli Politik Arahkan LHDN Kenakan Najib?

 

Leave a Reply