3 tercampak keluar, seorang Ibu maut dalam kemalangan

foto sumber facebook

 

Ibu kepada empat anak maut selepas kereta dinaiki bersama suami, anak bongsu serta ibunya terbabas dalam kejadian di Sik, petang semalam.

Mangsa, Siti Fatimah Md Noor, 30, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala suami yang juga pemandu kereta, Mohd Zamani Md Saad, 35, bayi berusia lapan bulan serta ibu, Rokayah Che Oon, 60, mengalami kecederaan selepas ketiga-tiganya tercampak keluar dari kenderaan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik Abdull Razak Osman, kejadian berlaku ketika empat sekeluarga itu dalam perjalanan ke Pekan Sik dari rumah di Kampung Belantik dengan menaiki Proton Waja.

“Sebaik tiba di selekoh, kereta dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar penghadang besi. Akibat pelanggaran itu, pemandu, bayi lelaki berusia lapan bulan dan ibu mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa yang tercampak keluar itu mengalami mengalami kecederaan manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Abdull Razak, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut.

Katanya, bedah siasat akan dilakukan selepas mereka memperoleh keputusan ujian saringan Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker