Maritim teruskan operasi mencari dan menyelamat

 

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi berkenaan bagi mengesan dua lelaki yang terjatuh ke laut ketika sedang bekerja di sebuah kelong aquakultur sekitar perairan Pulau Tengah, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim, berkata operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru disambung pada hari kedua, mulai jam 7 pagi tadi.

“Pasukan operasi mengatur gerak bot Pengawal 26 dan dua unit jetski Maritim, dengan dibantu bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Marin serta komuniti nelayan setempat.

“Operasi Carilamat hari ini merangkumi keluasan 19.22 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pulau Tengah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rosli berkata, semalam operasi Carilamat diaktifkan pada jam 5.10 petang dengan menugaskan Penggalang 10 untuk operasi berkenaan.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Jeti PPM Klang.

“Ketika operasi, keadaan cuaca di lokasi cerah dengan kelajuan angin sekitar 10 hingga 20 kilometer sejam,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, mangsa pertama dikenali sebagai Priadi berusia 34 tahun, warga Indonesia manakala mangsa kedua, Saw Bearry Htoo, 30 tahun, warga Myanmar.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke laut kira-kira jam 4 petang dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.

“Kedua-dua mangsa dikatakan dilihat kali terakhir memakai baju syarikat mereka bekerja berwarna putih dengan seluar bewarna biru sebelum dilaporkan hilang di laut,” katanya.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker