Perubahan Malaysia bukan dengan janji kosong – Najib

Perubahan Malaysia sejak ditubuhkan pada 1963 tidak dilakukan dengan janji kosong.

Najib Razak menerusi facebooknya menyeru rakyat untuk kembalikan kegemilangan Malaysia seperti sebelum 2018.

Malaysia yang ditubuhkan pada 1963 melalui pelbagai proses terutama perjalanan politik dan konflik yang melanda negara.

Persekutuan Tanah Melayu ditadbir gabungan parti politik yang dinamakan Parti Perikatan sejak 1957.



 

 

Perikatan kemudiannya dibubarkan pada 1 Julai 1973 dan dijenamakan sebagai Barisan Nasional pada tarikh sama.

Bermulalah sebuah perjalanan buat Barisan Nasional mengurus Malaysia dengan kepakaran anak tempatan, penuh ranjau dan cabaran.

Seiring dengan berlalunya masa, Barisan Nasional telah banyak mengubah landskap ekonomi seluruh negara.

 

 

Bermula dengan perancangan dan pelaksanaan yang memerlukan ketelitian serta mengambil kira kedudukan ekonomi negara waktu itu.



NEGARA PERTANIAN MULA MENGORAK LANGKAH

Perubahan dari sebuah negara yang bergantung kepada pertanian kepada perkembangan ekonomi menerusi perkembangan sektor lain bukanlah sesuatu yang mudah.

Kebergantungan ekonomi negara kepada sektor industri telah meletakkan Malaysia ke arah ekonomi setanding dengan negara membangun dunia.

Dengan semangat jitu rakyat Malaysia, semua halangan dan rintangan dapat dilalui dengan begitu baik hasil perancangan kerajaan yang memerintah waktu itu.

 

Petikan tulisan Najib Razak
Petikan dari facebook Najib razak

 

Pembangunan serta ekonomi berkembang mencakupi dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak mula dinikmati rakyat.

Bagi Barisan Nasional, segalanya dilakukan untuk rakyat dan akan diwariskan kepada generasi akan datang tanpa perlu mereka merasakan keperitan sebagaimana di awal penubuhan Malaysia.

Namun siapa sangka ‘panas hingga petang, rupanya hujan di tengahari’ melanda politik Malaysia?

Segala perancangan yang telah disusun atur terhenti apabila Barisan Nasional tumbang dalam PRU14 hanya kerana mitos dan helah janji kosong.

Bermulalah zaman kesuraman ekonomi serta kehilangan hala tuju pembangunan negara apabila janji yang dilafazkan akhirnya tidak mampu diterjemahkan.

Banyak masa terbuang dan sia-sia dek janji-janji kosong yang ditaburkan. Bukan itu sahaja, perancangan ‘separuh masak’ juga menyebabkan segalanya bercelaru dan tidak seindah dikhabarkan.

Oleh demikian, rakyat perlu disedarkan kini bukan lagi masa untuk terus berada dalam suasana suram segalanya.

Perubahan perlu dilakukan demi generasi akan datang. Mereka berhak mendapat Malaysia yang punyai perancangan serta pelaksanaan jitu bagi mendepani masa depan yang lebih baik.

Najib pamer fakta ekonomi sebenar di Parlimen

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker