Duit Hasanah hilang? Intergriti SPRM makin tercalar

 

Intergriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin tercalar apabila tindakan SPRM menangkap dan menyiasat pegawai mereka sendiri.

Semalam pihak SPRM mengesahkan telah menahan 3 orang pegawai SPRM berikutan hal tersebut.

Dipercayai pegawai SPRM tersebut ditahan berkaitan melibatkan seorang bekas Ketua Jabatan.

Kemusykilan timbul mengapa baru semalam SPRM mengeluarkan kenyataan penahanan pegawai mereka selama 6 hari sejak 14 September 2021?

Jika di hitung tarikh tahanan reman pegawai SPRM tersebut, bermakna pada 19 September, 3 pegawai tersebut sudah dibebaskan dari reman.

Persoalannya, apa tindakan seterusnya SPRM dan mengapa tiada laporan polis dibuat berikutan penahanan pegawai SPRM tersebut?

Semalam, dalam laporan sebuah portal pihak PDRM mengesahkan pihak mereka tidak menerima sebarang laporan berkaitan kehilangan wang kes dari SPRM.

Turut dikaitkan penularan dakwaan wang ‘kes’ digantikan dengan wang palsu. Bagaimanapun pihak polis mengingatkan agar tidak berkongsi dakwaan tidak sahih berkaitan wang palsu itu.

Viral baru-baru ini mengenai bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid pada 2018 yang kononnya dituduh dalam kes pecah amanah (CBT) membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan.

SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu. 

Akhirnya Hasanah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam kes pecah amanah bernilai AS$12.1 juta melibatkan dana kerajaan pada April 2021.

Pihak SPRM sewajarnya membuat penjelasan terperinci mengenai penahanan pegawai mereka kerana kewajaran berbuat demikian mula dipersoalkan di Sidang Dewan Rakyat.

Menurut Gobind Singh Deo langkah diambil agensi antirasuah itu mendatangkan tanda tanya kerana kes kecurian bukan terletak dalam bidang kuasa SPRM sebaliknya Polis Diraja Malaysia.

“Jadi mengapa SPRM yang buat tangkapan dan penahanan. Ini adalah perkara yang melibatkan pegawai SPRM.

“Adakah SPRM menyiasat SPRM sendiri?” katanya semasa membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tiga pegawai SPRM di tahan SPRM

Leave a Reply