Mengidam bau tar jalan, suami turutkan kehendak isteri

@nazirrkatimon

Apa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?

♬ original sound – AbangKurier

 

 



Perempuan kalau mengandung mesti ada keinginan atau disebut mengidam. Suami pula tidak akan hampakan isteri kalau si isteri mengidam. Agak pelik bila seorang isteri mengidam bau tar jalan.

Bahkan, sepanjang tempoh sembilan bulan itu, para suami juga tidak terkecuali ‘penatnya’ kerana mereka juga perlu memahami dan melayan karenah isteri.

Itulah yang turut dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Nazir menerusi perkongsiannya dalam sebuah video di TikTok baru-baru ini.

mengidam bau tar jalan

Ujarnya, isterinya yang sedang hamil telah meminta sesuatu yang agak pelik iaitu mengidam bau cat dan jalan tar.

Demi menuruti kehendak itu, Nazir berkongsi detik bermakna itu kepada orang ramai.

Berdasarkan rakaman tersebut, setibanya lelaki itu di lokasi, terpancara rasa gembira wanita itu yang dapat menghidu bau tar.

Wanita itu khusyuk ‘melayan’ bau tersebut, meskipun sekadar dari tingkap kereta sahaja.

Kata Nazir, mujurlah kebetulan pada masa itu terdapat projek menurap jalan berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kegusaran seandainya selepas ini isterinya mengidam permintaan yang lagi ‘dahsyat’.

Pun demikian, demi cinta dan kasih sayang, beliau akan mencuba sehabis baik untuk melayani segala permintaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi yang pelbagai.

Di samping mengakui pernah mengidam akan bau tar, mereka juga berkongsi pengalaman mengidam benda-benda aneh daripada kebiasaan selain daripada makanan.

sinarplus



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button