Biskut Crunchy Caramel Almond

Biskut Crunchy Caramel Almond
Biskut Crunchy Caramel Almond

 

Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.

Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.

Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya.



 

Bahan-bahan:

 

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

 

Tip:

 

  • Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Resepi Biskut Almond London



Biskut Crunchy Caramel Almond


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading