Ahmad Maarop jauh lagi layak berbanding Tengku Maimun

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebenarnya cadang untuk lantik Yang Arif Ahmad Bin Haji Maarop untuk ganti Richard Malanjum yang bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2019.
Dari segi kekananan (seniority), kelayakan serta pengalaman, Ahmad Maarop adalah jauh lagi layak berbanding Tengku Maimun tetapi telah diketepikan.
Ahmad lagi berusia. Enam tahun lagi tua berbanding Maimun.
Ahmad lagi lama menjawat sebagai hakim (17 tahun) berbanding Maimun (12 tahun).
Ahmad pernah menjawat sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Maimun tak pernah.
Ahmad pernah menjawat sebagai Presiden Mahkamah Rayuani, Maimun tak pernah.
Ahmad menjawat lagi lama sebagai hakim Mahkamah Persekutuan (9 tahun) berbanding Maimun (5 bulan).
Mengikut Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) di bawah Perlembagaan Persekutuan,
Mahathir sepatutnya ikut cadangan JAC untuk pilih Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim.
Tapi Mahathir atas syor Tommy Thomas telah ketepikan cadangan JAC dan melantik Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara biarpun Tengku Maimun cuma baru dilantik hakim mahkamah persekutuan 5 bulan dahulu dan biarpun syor JAC hanya untuk lantik dia sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Sumber : FB Lim Sian See

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker