PRN Melaka : Muka baru warnai BN

Muka baru akan warnai BN di PRN Melaka yang diadakan berikutan tindakan 4 Adun menarik sokongan dan menyebabkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Ini selaras dengan hasrat Presiden Umno yang mahu wajah baru, darah baru dan semangat baru diketengahkan sebagai pilihan kepada rakyat. 



Dengan pengenalan calon baru BN, persaingan meraih undi dijangkakan lebih hebat walau kempen secara bersemuka dan majlis politik dilarang dalam kempen PRN Melaka.

Rakyat Melaka akan mendapat sebuah kerajaan yang lebih dinamik dan bersemangat dengan tawaran BN yang meletakkan kepercayaan kepada muka baru calon mereka kali ini sekiranya BN berjaya memenangi PRN Melaka.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak sempat menyampaikan kata-kata semangat kepada jentera Umno dan BN agar berusaha lebih keras bagi memenangi PRN Melaka.



Bagi Najib, PRN Melaka sangat penting untuk rakyat kembalikan kuasa kepada pemerintah terbaik sepanjang 65 tahun kemerdekaan Malaysia.

Najib Razak

Rakyat Melaka telah merasai zaman BN, Pakatan Harapan serta Perikatan Nasional dan kini tiba masanya mereka menilai siapa yang terbaik untuk rakyat Melaka berikan sokongan.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional juga difahamkan akan meletak calon muka baru bagi menggantikan calon lama mereka dalam usaha memenangi hati pengundi.



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading