Manusia paling lama berada di angkasa lepas

Oleh – Syeikh Baran


Manusia paling lama berada di angkasa lepas
FOTO pada 2023 menunjukkan Oleg Kononenko (kiri) sebelum berlepas dengan Soyuz MS-24 untuk ke ISS, pada tahun lalu. FOTO Reuters

Angkasawan Rusia, Oleg Kononenko, mencipta rekod dunia pada 4 Januari lalu untuk jumlah masa yang dihabiskan di angkasa lepas.

Kejayaan Kononenko itu sekali gus memadam rekod dicipta rakan senegara Gennady Padalka, dengan mencatat 878 hari di orbit, kata syarikat angkasa lepas Rusia Roscosmos.



Kononenko memecahkan rekod itu ada jam 4.30 petang waktu Singapura, kata Roscosmos.

Dia dijangka mencapai jumlah 1,000 hari di angkasa pada 5 Jun depan dan menjelang akhir September, dia akan mencatatkan 1,110 hari.

“Saya ke angkasa untuk melakukan perkara kegemaran saya, bukan untuk mencipta rekod.

“Saya berbangga dengan semua pencapaian saya tetapi lebih berbangga kerana rekod untuk jumlah tempoh tinggal manusia di angkasa lepas masih dipegang oleh angkasawan Rusia,” kata Kononenko kepada agensi berita Tass dalam temu bual dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kira-kira 423 kilometer (km) dari Bumi.



Menurut Roscosmos, lelaki berusia 59 tahun itu merampas tempat teratas daripada Padalka dengan catatan 878 hari, 11 jam, 29 minit dan 48 saat.

Kesatuan Soviet menakutkan Barat pada tahun-tahun awal perlumbaan angkasa lepas dengan menjadi yang pertama melancarkan satelit untuk mengorbit Bumi iaitu Sputnik 1 pada 1957 dan kemudian, angkasawan Soviet Yuri Gagarin menjadi individu pertama yang mengembara ke angkasa pada 1961.

Bagaimanapun, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, program angkasa lepas Rusia bergelut dengan kekurangan dana dan rasuah.

Pegawai di bawah Presiden Vladimir Putin berulang kali berikrar untuk memulihkan program angkasa lepas Rusia.



Kononenko berkata, dia kerap bersenam untuk menentang kesan fizikal tanpa berat yang berbahaya, tetapi menyedari betapa banyak kehidupan yang dia terlepas selepas mendarat di Bumi.

Sejak kecil lagi Kononenko sudah menyimpan untuk ke angkasa lepas dan mendaftar di institut kejuruteraan, sebelum menjalani latihan angkasawan.

Penerbangan ke angkasa lepas pertamanya adalah pada 2008.

Perjalanan beliau dengan kapal angkasa Soyuz MS-24 untuk ke ISS adalah pada tahun lepas.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading