WALLPAPER MASIH GAMBAR SUAMI – NETIZEN BERTEKA-TEKI, KECEWA DENGAN ISTERI SHUK

Kisah kontroversi pelawak, pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar berhubung dakwaan kecurangannya sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan, meskipun sudah beberapa hari berlalu.

Shuk sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Rossa Sera mendedahkan kisah kecurangannya di laman Instagram miliknya.

Hal ini menimbulkan rasa simpati netizen kerana kisah kecurangan ini bukan pertama kali terjadi. Malah, netizen turut memberi kata-kata semangat kepada Sera agar sentiasa tabah dengan ujian rumah tangga.



Namun baru-baru ini, Sera menerusi Instagram telah memuat naik satu entri dimana menunjukkan foto ‘wallpaper’ di telefon bimbit miliknya. Posting tersebut telah menarik perhatian netizen dan menjadi perbualan ramai.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sedar tak sedar dah besar anak mama sorang ni, moga besar jadi anak yg solehah ya sayang,” tulisnya pada entri tersebut.



Bagaimanapun, perkongsian Sera itu telah membuatkan netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat dia masih menggunakan gambar suami sebagai ‘wallpaper’ di telefon.

Tidak kurang juga yang meninggalkan kata-kata positif meminta supaya Sera memikirkan yang terbaik untuk rumah tangganya. Mereka turut mendoakan semoga urusan pasangan ini dipermudahkan.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg



HUBUNGAN DENGAN SHUK – FARA SALLEH AKUI SUDAH BERAKHIR, BUAT LAPORAN POLIS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button