Makin ramai ‘baby boomer’ di Singapura

Makin ramai ‘baby boomer’ di Singapura

Makin ramai 'baby boomer' di Singapura
Keadaan di pusat bandar Singapura. – FOTO AFP

Singapura: Individu berusia 65 tahun dan ke atas mewakili 19.1 peratus daripada jumlah warga Singapura pada Jun lalu, berbanding hanya 11.7 peratus pada 2013, menurut data yang dikeluarkan Jabatan Populasi dan Bakat Kebangsaan, semalam.

Peratusan rakyat berumur 65 tahun dan ke atas meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding dekad lalu kerana “baby boomer” yang dilahirkan dari 1946 hingga 1964 memasuki lingkungan umur selepas 65 tahun, kata laporan itu, sambil menambah bahawa sekitar 1 daripada 4 rakyat akan berumur 65 tahun ke atas menjelang 2030.

Umur median penduduk warganegara juga meningkat daripada 42.8 kepada 43 antara Jun 2022 dan 2023, menurut laporan itu.



Singapura merekodkan 30,429 kelahiran warganegara pada 2022, turun 4 peratus daripada 31,713 pada 2021.

Kadar kesuburan penduduk mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 1.04 pada 2022, kata ringkasan itu.

Jumlah penduduk Singapura berjumlah 5.92 juta sehingga Jun, termasuk 3.61 juta rakyat, 540,000 ribu penduduk tetap, dan 1.77 juta penduduk asing, menurut dokumen itu.

Makin ramai ‘baby boomer’ di Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading