Dicekik hingga mati, sebelum kepala dipenggal, jari dipotong

Dicekik hingga mati, sebelum kepala dipenggal, jari dipotong

Dicekik hingga mati, sebelum kepala dipenggal, jari dipotong
GAMBAR HIASAN

New Delhi: Seorang wanita mati dalam keadaan tragis apabila dia bukan sahaja dicekik hingga mati, malah kepala turut dipenggal dan empat jari serta rambutnya turut dipotong.

Tidak cukup dengan itu, gigi mangsa turut dihancurkan dipercayai dalam usaha menyembunyikan identiti wanita berkenaan.

Kejadian ngeri itu berlaku di daerah Banda, dekat sini, selepas polis Uttar Pradesh menemui mayat seorang wanita tanpa kepala, pada Jumaat.



Indiatoday melaporkan, wanita dianggarkan berusia antara 35 hingga 40 tahun ditemui separuh bogel dan kepalanya ditemui agak jauh dari badannya, menurut Penguasa Polis Ankur Agarwal.

Mayat itu dikenali sebagai Maya Devi, isteri kepada Ramkumar Ahirwar, seorang penduduk daerah Chhatarpur di Madhya Pradesh.

Selain jari yang hilang, polis mendapati rambut wanita itu dipotong dan giginya dihancurkan untuk menyembunyikan identitinya.

Susulan siasatan, polis mengesyaki ahli keluarga wanita terbabit terbabit dalam pembunuhan itu.



Semasa soal siasat, Ramkumar; dua anak lelakinya Suraj Prakash dan Brijesh, dan anak saudara Udaibhan, mengaku membunuh wanita itu.

Menurut keterangan Ramkumar, Maya Devi adalah isteri keduanya, dan dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anak lelakinya, kata Agarwal.

Berang dengan ini, keempat-empat tertuduh membawa Maya Devi ke kampung Chamraha, mencekiknya hingga mati dan memotong kepalanya dengan kapak.

Mereka juga memotong empat jarinya.



Kenderaan dan kapak yang digunakan dalam jenayah itu sudah ditemui polis.

Polis berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh 24 jam.

Agrawal berkata semua tertuduh dalam kes itu sudah ditangkap dan akan dihantar ke penjara.

Tindakan undang-undang lanjut sedang diambil terhadap mereka.



Dicekik hingga mati, sebelum kepala dipenggal, jari dipotong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button