Xavi kecewa tidak sempat latih Messi

Xavi kecewa tidak sempat latih Messi
Xavi Hernandez diperkenalkan sebagai pengendali baharu Barcelona di Camp Nou semalam. – Foto AFP

Xavi kecewa tidak sempat latih Messi

BARCELONA: Pengendali baharu Barcelonal Xavi Hernandez mendedahkan dia mendapat mesej istimewa daripada bekas rakan sepasukannya Lionel Messi.

Legenda kelab Sepanyol itu diperkenalkan sebagai pengendali baharu Barca semalam menggantikan Ronald Koeman yang dipecat.

Xavi, 41, berdepan tugas berat mengubah nasib Barcelona yang mengharungi permulaan musim mengecewakan selepas ketiadaan Messi.



Messi yang kini bersama kelab Paris Saint-Germain, memberi sokongan padu kepada Xavi untuk mengembalikan kegemilangan Barca.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan Messi, dia mengucapkan selamat maju jaya kepada saya, dia adalah pemain terbaik di dunia dan dalam sejarah kelab,” kata Xavi.

Xavi dan Messi memenangi tujuh gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara sebagai rakan sepasukan dan bekas pengendali Al Sadd itu kecewa kerana tidak dapat berganding semula dengan bintang Argentina itu.

“Sudah tentu saya ingin melatihnya. Seperti Eto’o atau Ronaldinho. Kita sudah kehilangannya dan kita tidak boleh memikirkan tentang pemain yang tiada di sini,” katanya yang menandatangani kontran dua tahun setengah di Camp Nou. – AGENSI



Xavi kecewa tidak sempat latih Messi


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button