Tak seperti diharapkan, perniagaan masih suram di Melaka

Tak seperti diharapkan, perniagaan masih suram di Melaka
Nurul Athira Muhammad sedang membungkus dodol untuk pelanggannya.

Tak seperti diharapkan, perniagaan masih suram di Melaka

AYER KEROH: Suasana perjalanan pilihan raya negeri (PRN) biasanya meriah dengan kehadiran orang kenamaan serta pengunjung yang bertumpu di kawasan tertentu sekali gus memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak seperti yang diharapkan oleh peniaga di Melaka apabila jualan masing-masing dikatakan kurang mendapat sambutan sejak dua minggu lalu.

Fahmi Nazih yang mengusahakan restoran nasi ayam bersama isterinya, Rozizana Mohamed Jim di Asahan berkata, dia kurang yakin bahawa PRN Melaka akan membantunya menjana keuntungan yang baik.



Rozizana berkata, kehadiran ramai pengunjung ke bandar itu juga mencetuskan kebimbangan berhubung penularan wabak Covid-19.

“Kita mempunyai anak-anak yang masih belum menerima vaksin,” katanya.

Fahmi pula berkata, biasanya sekumpulan penyokong yang berkempen di sekitar kawasan itu akan singgah minum di kedainya hingga suasana menjadi sibuk seketika namun ia menghalang pelanggan tetap untuk masuk ke premis itu.

“Saya lebih suka jika PRN tidak diadakan ketika pandemik. Mereka juga boleh memberi pilihan untuk kita mengundi secara dalam talian.”



Nurul Athira Muhammad yang mengusahakan gerai dodol dengan ibu bapanya berkata, ia bukan masa yang sesuai untuk mengadakan PRN.

Dia juga bimbang kes jangkitan akan meningkat selepas pilihan raya sambil berharap orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Manakala itu peniaga kasut, Irene Gan pula berkata, dia juga menjangkakan jualannya akan meningkat ketika musim pilihan raya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Orang ramai yang tiba di stesen bas di Melaka Sentral langsung tidak singgah ke kedai saya. Sebaliknya mereka terus keluar dari bangunan. Orang ramai masih tidak selesa untuk membeli-belah disebabkan Covid-19.”



Tak seperti diharapkan, perniagaan masih suram di Melaka


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button