67 ditahan langsung perkahwinan sejenis

67 ditahan langsung perkahwinan sejenis

67 ditahan langsung perkahwinan sejenis
ANTARA 67 individu yang ditahan kerana terbabit dengan perkahwinan pasangan sejenis. FOTO tangkap layar video Reuters

Ekpan: Polis Nigeria menyerbu perkahwinan pasangan gay yang dilangsungkan di bandar selatan Ekpan di Warri, Delta dan menahan 67 individu.

Jurucakap PPRO Delta, Bright Edafe dalam kenyataan akhbarnya berkata, pada mulanya 200 individu ditahan berikutan maklumat awam berhubung perkahwinan itu, namun sebahagian besarnya dibebaskan.

Maklumat mengenai perkahwinan itu diperoleh hasil siasatan polis terhadap seorang lelaki yang berpakaian seperti perempuan pada 27 Ogos lalu, kata jurucakap polis Delta, Edafe Bright dalam kenyataannya pada Selasa.



Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila serbuan itu dilakukan.

Bright berkata, mereka yang ditangkap akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah.

Di Nigeria, seperti di kebanyakan negara Afrika, hubungan homoseksual tidak boleh diterima dan undang-undang antigay dikuatkuasakan sejak 2013 lagi.

Berpakaian bertentangan jantina tidak menyalahi undang-undang di negara itu tetapi perbuatan itu cenderung tidak diterima secara sosial.



Undang-undang antigay di negara itu termasuk hukuman penjara sehingga 14 tahun bagi mereka yang disabitkan bersalah dan melarang perkahwinan gay, hubungan sejenis dan penubuhan keahlian kumpulan gay.

67 ditahan langsung perkahwinan sejenis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading