Dunia ‘secara rasmi masuki era migrasi iklim’ — IOM
Dunia ‘secara rasmi masuki era migrasi iklim’ — IOM
Istanbul: Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa penyelesaian segera bagi menangani perubahan iklim dan cabaran mobiliti manusia ketika dunia memasuki ‘era migrasi iklim’.
“Penyelesaian untuk menangani hubungan perubahan iklim dan mobiliti manusia pada skala kontinental adalah mendesak,” Agensi Anadolu memetik Amy Pope sebagai berkata dalam satu kenyataan Jumaat.
Gesaan untuk bertindak dibuat menjelang Sidang Kemuncak Iklim Afrika di Nairobi dari 4 hingga 6 September.
Sidang Kemuncak itu adalah perhimpunan terbesar ketua-ketua negara Afrika, menteri, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rakan kongsi kemanusiaan dan pembangunan, sektor swasta dan belia, menurut kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?
“Negara-negara Afrika adalah antara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, mengalami kesan buruk daripada krisis iklim termasuk kemarau, banjir, suhu cuaca ekstrem, peningkatan paras laut,” katanya.
Lebih 7.5 juta pemindahan akibat bencana dalaman telah didaftarkan di benua itu pada 2022, menurut laporan Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman yang berpangkalan di Geneva.
Tanpa pelan tindakan iklim, sehingga 105 juta orang dikhuatiri menjadi migran dalaman menjelang 2023 di Afrika sahaja, berdasarkan anggaran laporan Bank Dunia 2021.
Dunia ‘secara rasmi masuki era migrasi iklim’ — IOM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Akan Di Dakwa
- Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau
- KENYATAAN MEDIA Peguambela YAB DS Ahmad Zahid Hamid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah