Miss Universe Malaysia dibatal susulan kontroversi ‘tanggal baju’

Miss Universe Malaysia dibatal susulan kontroversi ‘tanggal baju’

Miss Universe Malaysia dibatal susulan kontroversi 'tanggal baju'
PERTANDINGAN Miss Universe Indonesia berakhir 3 Ogos lalu. FOTO Facebook

Jakarta: Pertubuhan Miss Universe berkata, ia memutuskan hubungan dengan pemegang francais Indonesia dan membatalkan pertandingan di Malaysia tahun ini selepas peserta menuduh penganjur tempatan melakukan gangguan seksual.

Organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel pada Sabtu berkata, ia memutuskan kontraknya dengan PT Capella Swastika Karya dan pengarah kebangsaannya, Poppy Capella, yang juga memegang lesen untuk Miss Universe Malaysia.

Enam peserta Miss Universe Indonesia sebelum ini memfailkan aduan kepada polis, menuduh penganjur melakukan gangguan seksual, mengatakan mereka menjalani “pemeriksaan badan” tanpa baju, kata peguam mereka pada Selasa lalu.



“Sudah menjadi jelas bahawa francais ini tidak memenuhi standard jenama kami, etika atau jangkaan seperti yang digariskan dalam buku panduan francais dan kod kelakuan kami,” kata Pertubuhan Miss Universe, sambil menambah bahawa menyediakan tempat yang selamat untuk wanita adalah keutamaannya.

Polis Jakarta, pada Ahad, tidak menjawab permintaan untuk komen berhubung dakwaan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :




Capella dalam satu kenyataan di Instagram berkata, beliau tidak membenarkan sebarang bentuk gangguan seksual.

“Saya menegaskan bahawa saya sebagai pengarah kebangsaan dan pemilik lesen Miss Universe Indonesia tidak terbabit langsung dan tidak pernah mengetahui, mengarahkan, meminta atau membenarkan sesiapa sahaja yang memainkan peranan dan menyertai proses penganjuran Miss Universe Indonesia 2023 untuk melakukan gangguan seksual melalui pemeriksaan badan seperti yang dilaporkan,” katanya.

Pertandingan di Jakarta diadakan untuk memilih penyertaan Indonesia untuk pertandingan Miss Universe 2023 , yang akan diadakan di El Salvador, akhir tahun ini.

Pertubuhan Miss Universe berkata, ia sedang menilai dasar dan prosedurnya untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan, sambil menambah bahawa tiada ukuran atau dimensi badan diperlukan untuk menyertai pertandingan itu di seluruh dunia.



Miss Universe Malaysia dibatal susulan kontroversi ‘tanggal baju’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button