2 tentera maut, 3 cedera dalam pertempuran di Filipina

MANILA: Pemberontak disyaki membunuh dua anggota tentera dan mencederakan tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dalam pertempuran di tengah Filipina, menurut tentera.

Dalam laporan tentera, berkata pertempuran tercetus antara anggota tentera dan sebilangan pemberontak New People’s Army (NPA) semalam, pada jam 1.30 pagi waktu tempatan , di sebuah bandar di wilayah Samar Timur, lapor agensi berita Xinhua.

Pemberontak melancarkan serangan apabila penduduk tempatan sudah tidur, kata laporan itu, sambil mendakwa tentera berada di kampung terbabit untuk menyelaras projek kerajaan untuk masyarakat di situ.



Pemberontak NPA memerangi kerajaan sejak 1969. Mereka menumpukan serangan di kawasan luar bandar dan pernah bertempur dengan tentera.

Data ketenteraan menunjukkan NPA dianggarkan mempunyai 2,000 anggota, jauh lebih rendah daripada kekuatan mereka semasa kemuncak pemberontakan pada 1980-an.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button