Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh

KUALA LUMPUR: Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Bagaimanapun belum ada pengesahan mengenai identiti kru yang terbabit dalam kejadian jam 10.07 malam di landasan pangkalan udara berkenaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam ciapan di Twitter memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jeneral Tan Sri Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Butterworth (malam) tadi.



Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang terkorban dalam kejadian itu.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini.

Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh

Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh
TUDM malam ini mengesahkan sebuah pesawat jenis Hawk miliknya terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” katanya



Terdahulu, TUDM dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya.

Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh
SEBUAH pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang. –

Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading