Gaji Tentera di takuk lama, apa jawapan Menteri?
Dalam perkembangan ekonomi yang kian mencabar, gaji penjawat awam mempengaruhi mood mereka terhadap kerajaan.
Anggota keselamatan negara termasuk anggota Tentera juga mendapat imbuhan gaji namun agak malang, sejak 2016 sehingga hari ini, gaji mereka masih di takuk lama.
Meneliti kenaikan imbuhan untuk anggota Tentera, kenaikan pada 1 Julai 2016 diumumkan oleh Menteri Pertahanan ketika itu.
Rujukan – BACA SINI
Permulaan gaji untuk prebet pada Julai 2016 bermula dari RM1,564 berbanding RM1,137.
Peredaran masa menuntut satu tangga gaji baru untuk dikaji kerajaan termasuk anggota Tentera bagi berdepan masalah ekonomi sekarang.
Kadar pencen juga tidak berubah dan masih berada di takuk lama. Menteri Pertahanan perlu memandang serius perkara ini.
Bagaimanapun sehingga hari ini negara menyaksikan pertukaran 3 Menteri Pertahanan sejak 2018, anggota Tentera masih menerima gaji tahun 2016 tanpa sebarang perubahan tangga gaji.
Peranan Menteri Pertahanan bagi menyuarakan hasrat anggota Tentera masih tidak kelihatan lagi walau tenaga mereka dikerah sepenuhnya bila covid melanda negara pada 2020.
Kali terakhir gaji penjawat awam dinaikkan ialah pada April 2018 dan selepas itu tiada lagi kenaikan diberikan.
Barisan Nasional yang mentadbir sebelum kalah PRU14 cukup menjaga kebajikan Tentera namun segalanya berubah selepas PH memerintah.
Selepas Perikatan Nasional mengambil alih kedudukan, kedudukan gaji masih tidak berubah begitu juga bila Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Beliau kemudiannya melantik Menteri Pertahanan yang pernah dilantik ke jawatan sama pada zaman BN.
Pun begitu perubahan yang diharapkan tidak langsung dapat dilihat. Malang sekali apabila berlaku PRN Melaka menyaksikan ada protes berlaku dari kalangan Tentera di peti undi.
Siapa salah atau salah siapa bila Tentera mula bersuara?
PPBM sudah tempah ‘batu nisan’ untuk PRU15