Lelaki maut terkena renjatan elektrik

PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam sebuah lurang (manhole) di susur keluar Laguna Park Pulau Indah, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang, sebelum bergegas ke lokasi.

“Bomba mendapati mangsa yang berumur 30-an dalam keadaan terbaring berada di dalam lurang itu.



“Siasatan mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

“Bagaimanapun, bomba menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan kawasan selamat serta tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Morni berkata, bomba berjaya mengeluarkan mangsa selepas mendapat kerjasama pihak TNB.

“Pada 11.45 malam tadi, pihak TNB menutup arus elektrik berkuasa 33KV dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dengan bantuan kontraktor TNB dengan menggunakan jengkaut pada 12.15 tengah malam.



“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button