Mahathir menyorok bila isu Zeti terbongkar?

Apa penjelasan Mahathir bila isu Zeti terbongkar? Mengapa Mahathir berdiam diri tanpa berani mengulas kes termasuk yang dikemukakan oleh Tommy Thomas?

Sehingga hari ini, Mahathir yang terkenal dengan kelantangan berbicara masih mengambil sikap menutup mulut.

Sebaliknya Mahathir dilihat banyak menyerang Najib berkaitan isu tanah yang diberikan kerajaan kepada bekas Perdana Menteri. 

Sangat musykil secara tiba-tiba mulut Mahathir terkunci bila bab Zeti dan suami yang dikatakan ‘mastermind’ sebenar konspirasi 1MDB.

Adakah Mahathir memang tahu perkara ini dan terlibat secara langsung dalam usaha menjatuhkan Najib menggunakan isu 1MDB?

Rakyat mula mencurigai kes 1MDB yang dikenakan terhadap Najib sebaik BN kalah Pru14. Ia seolah memang telah dirancang rapi ‘jalan cerita’ dan individu tertentu memang diletakkan untuk ‘mengenakan’ Najib.

Baca – SINI

Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawap termasuk halangan membawa masuk bukti ke Mahkamah dikenakan kepada Najib.

Pihak SPRM telah akui, laporan polis juga telah dibuat Najib namun sehingga hari ini masih belum ada tindakan dilaksanakan.

Mahathir juga perlu dipanggil ke Mahkamah jika perlu bagi menjawap semua dakwaan beliau terhadap Najib berserta bukti yang beliau ada untuk mengukuhkan dakwaannya.

Rakyat Malaysia bukan lagi hidup di zaman 80an di mana segalanya dikawal oleh Mahathir. 

Jangan bodohkan rakyat lagi wahai Mahathir!

Isu Zeti dan keluarga terima RM100 juta, Muhyiddin menyepi?

 

2 thoughts on “Mahathir menyorok bila isu Zeti terbongkar?

Leave a Reply