Muhyiddin restui tanding bebas PRN Sarawak?

 

Adakah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin merestui tindakan empat ahli mereka bertanding sebagai calon bebas di PRN Sarawak?



Pengerusi GPS, Abang Johari Openg ternyata kecewa dengan tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

 

Ali Biju bertanding sebagai calon bebas di DUN Krian. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Saratok menjadi ahli PPBM selepas melompat dari PKR dalam ‘Sheraton Move’ yang diinspirasikan Azmin Ali.



Selain Ali Biju, calon PPBM yang turut bertanding bebas ialah Siki Balarik-DUN Belaga, DUN Bawang Assan-Ricky Entri dan Ismawi Muhammad- DUN Muara Tuang.

Tindakan ahli PPBM ini ternyata telah membelakangkan persetujuan yang dicapai bersama GPS.

Ramai melihat apa yang berlaku ini ada persamaan dengan apa yang berlaku di PRN Sabah.



Jelas sekali PPBM dan Perikatan Nasional tidak boleh dipercayai sama sekali. PAS selaku gabungan PN juga tidak menghormati GPS bila meletakkan calon di PRN Sarawak.

 

“National Embarrassment” – SPRM perlu telus isu Zeti



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button